Assalamualaikum w.b.t....
Kepada pengikut blog saya ini, dimaklumkan bahawa saya baru saja mengemaskini blog saya. Ini bertujuan untuk memudahkan pembaca-pembaca budiman sekalian mengikuti terus novel Mr. Secret Admirer & Begitu Takdirnya. Sebelum ini, blog saya agak bercelaru akibat kesuntukan masa untuk meng'update'kannya.
Selepas ini, sekiranya pembaca-pembaca sekalian ingin terus membaca novel Mr. Secret Admirer, bolehlah terus membaca di blog ini dan sekiranya ingin membaca novel pertama saya Begitu Takdirnya, bolehlah ke blog saya satu lagi iaitu www.shilaalish1.blogspot.com......
Saya memang bercita-cita untuk menerbitkan novel-novel saya ini. Saya berdoa semoga ada penerbit yang sudi untuk menerbitkannya. Oleh itu, saya amat mengharapkan sokongan dari pembaca-pembaca yang budiman sekalian untuk terus menyokong saya. Sudilah terus membaca karya-karya saya dan memberikan komen membina bagi memperbaiki lagi mutu penulisan saya.....
Walaupun, saya sudah berkerjaya, tetapi menjadi penulis juga adalah hasrat dan impian saya. Rasanya hidup lebih bermakna jika cita-cita kedua saya ini berjaya....
Akhir sekali, setinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada anda semua yang sudi membaca novel saya ini dan teruskanlah menyokong....
Semoga karya-karya saya dapat menyumbang sesuatu dalam kehidupan anda......Insyallah...
Thanks a lot from the bottom of my heart...
Love & Kisses
SHILA ALISH
Salam..
ReplyDeleteTak hantar manuskrip ke penerbit? Try hantar ke satu penerbitan, mana tahu ada rezeki. Kdgkala sesebuah novel ambil masa hampir 2 tahun baru nak terbit. Itu yg terjadi pd saya..masih menunggu.
Ooo ye ke? saya x try pulak hantar kat mana2 penerbit tp cuma hantar ke penulisan2u.....manalah tahu klu pihak admin berminat nk terbitkan....saja suka2 menulis & klu ada rezeki diterbitkan, alhamdulillah....
ReplyDeleteKenapa Saya tak blh baca pun citer tu kat blog yg lagi satu tu :(
ReplyDeleteCuba Eeyta pergi ke www.shilaalish1.blogspt.com
ReplyDeleteSaya baru je tengok blog kedua saya....ok tiada masalah....
salam sya nk tnya? knapa xda pon bab untuk nvel mr. secret admirer?
ReplyDeleteMaaf Ruunna....apa maksud anda xde bab utk novel MSA? Cuba Ruunna klik pd bahagian "SILA KLIK IKUT BAB".....nanti terteralah dari bab 1 hingga yg terkini bab 19....cuba lagi ye....tq
ReplyDeletexleh bka pon.. huhu sdih :(
ReplyDeletesya bka blog yg bru tpi ada bab 1 and sinopsis sja..
Alaa kesiannya Ruunna....macam mana saya nk tolong ek? Sebab rasa2nya pembaca lain xde masalah nk baca bab 1-19 dlm blog ni....kena cuba jaya lagilah ye.....2nd blog saya hanya utk novel Begitu Takdirnya.....
ReplyDelete