Blogger Widgets

Friday 14 March 2014

NOVEL "DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU" VERSI CETAK

Assalamualaikum w.bt....

     Khas kepada pembaca-pembaca novel SHILA ALISH....

     Hai, guys!  Good news, kini anda sudah boleh mendakap novel DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU  (DSSSM) dalam versi cetak.  DSSSM akan menemui anda di pasaran hujung bulan ini. Dengan ini saya berbesar hati untuk menjemput anda bersama-sama memeriahkan sesi signing & launching di LOVE NOVEL PUBLICATION, Menara MPAJ pada 29/3/2014 (sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga selesai.

   Khas untuk pembaca setia DSSSM, inilah covernya.  Pastikan hati anda tidak cair ye....haha



Tuesday 3 December 2013

PENERBITAN NOVEL DARI SEKEPING SURAT SAMANMU & SESI BERTEMU PEMBACA DI PESTA BUKU 1 MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t

     Lama sudah rasanya tidak update apa2 news di blog ini.  So, hari ni saya ingin update mengenai penerbitan novel DARI SEKEPING SURAT SAMANMU (DSSSM).  Sukacita dimaklumkan bahawa insya Allah DSSSM bakal diterbitkan sekali lagi oleh LOVE NOVEL PUBLICATION (LNP) sekitar bulan Januari atau Februaru 2014.  Apa yang pasti, insya Allah DSSSM pasti menemui anda di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur sekitar bulan april 2014.  Kepada anda semua yang setia mengikuti novel ini, harap bersabar untuk mendapatkannya dalam versi cetak nanti ya....

     Sukacita juga dimaklumkan, saya akan turut sama pada pesta buku 1 Malaysia pada 11-15 Disember 2013.  Giliran saya adalah pada 15/12/2013 iaitu bermula dari jam 12.00 tgh hingga jam 2.00 petang.  Saya sendiri amat teruja dan tidak sabar untuk menemui pembaca semua di sana.  Jumpa di sana....

     Lastly, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang terus setia menyokong karya-karya saya.  Sesungguhnya sokongan anda semua adalah penguat semangat untuk saya terus berkarya.  Nantikan karya saya yang seterusnya MY HERO yang akan saya uploadkan di blog saya ini nanti....insya Allah.


Sekian, terima kasih.

Loves, hugs & kisses
SHILA ALISH

Thursday 19 September 2013

SESI BERTEMU PEMBACA2 MR.SECRET ADMIRER

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kpd semua pembaca yg telah mendapatkan novel pertama saya MR.SECRET ADMIRER (MSA).....
Terima kasih jg utk komen2 positif yg diberikan.....

Suka saya nyatakan di sini, MSA bukanlah satu naskhah yg perfect dr saya apatah lg ianya adalah baby prtama saya....dah tentu banyak kekurangannya.  So, segala komen2 yg diterima saya cuba perbaiki dalam 2nd novel saya DARI SEKEPING SURAT SAMANMU....

Good news utk para pembaca MSA, saya ingin menjemput anda utk bertemu janji bersama saya...

Tempat:  Kedai Buku 1 Malaysia, Pudu Central
Tarikh :  21/9/2013 (Sabtu)
Masa   :  2.00 hingga 4.00 petang.

Special gift utk pembaca2 bertuah menanti anda kerana pihak penerbit akan menganjurkan satu contest utk anda semua.  Jom beramai2.....
Nak tau apa special giftnya?  Ini dia.....
JUMPA DI SANA YA.......

Special Gift : Mug MR SECRET ADMIRER-SHILA ALISH

Thursday 18 July 2013

ONLINE ORDER UNTUK MR. SECRET ADMIRER

Salam....

Ini adalah cover novel MR. SECRET ADMIRER yang telah dihasilkan oleh pihak penerbit LOVE NOVEL PUBLICATION....

Online order hanya boleh dibuat bila pihak penerbit mula membuka pesanan tidak lama lagi.  Apa yang pasti dalam bulan Julai ini juga.  Diskaun diberikan melalui online order.  Anda juga boleh dapatkan di kedai-kedai buku popular, MPH dan beberapa buah kedai buku yg lain.....

Kepada anda yg terus setia mengikuti perkembangan cerita ini dari tahun lepas, terima kasih yg tak terhingga dari saya.  Inilah hadiah dari saya di atas kesabaran anda.

Ada yg kata MSA sama mcm cerita 'misiku Kuza'....honestly saya tak tengok cerita tu & dari apa yg diberitahu kpd saya, cerita itu hanya baru disiarkan tahun ini, sedangkan manuskrip MSA telah saya siapkan sejak tahun lepas lagi....cuma proses penerbitannya mengambil masa disebabkan masalah teknikal.  Apa pun, suka saya nyatakan di sini MSA, adalah original dari idea saya sendiri tanpa di copycat dr mana2 cerita.....jika tersama, itu mungkin kebetulan saja.....

Last but not least, hopefully you all enjoy reading MSA......

LOVES, HUGS & KISSES
SHILA ALISH

Tuesday 9 July 2013

PENERBIT NOVEL MR. SECRET ADMIRER (MSA)

Assalamualaikum w. b.t.....

Syukur alhamdulillah, di hari yg cukup baraqah bg semua umat islam, 1 Ramadhan 1434 Hijrah, saya menerima hadiah yg cukup brmakna buat diri saya....pihak menerbitkan telah mengumumkan novel keluarannya utk bulan Julai 2013 dengan menunjukkan sinopsis MSA.....

Dan....kegembiraan saya ini saya kongsikan buat anda semua, pengikut2 setia MSA.  Setelah pelbagai liku yg trpaksa saya hadapi, alhamdulillah, akhirnya MSA berjaya juga diterbitkan.

Ramai yg bertanya penerbit mana....dan hari ini saya akan war2kan.  LOVE NOVEL PUBLICATION yg bertanggungjawab menerbitkan MSA.

Sekalung penghargaan buat LN dan pembaca2 MSA sekalian.  Apa yg ditunggu2 akhirnya muncul.....hanya menunggu cover novelnya sahaja.  cukup berdebar-debar.....

Sekali lagi terima kasih utk anda sekalian....tanpa anda sekalian siapalah SHILA ALISH si penulis kerdil ini.....


LOVES, HUGS & KISSES

SHILA ALISH

Sunday 23 June 2013

TEMUI MR. SECRET ADMIRER DI PASARAN JULAI INI

Assalamualaikum w.b.t

     Update terkini dari saya mengenai novel Mr. Secret Admirer (MSA).  Insya Allah, MSA akan menemui anda semua pada Julai ini.  Tarikh yang tepat, masih tak dapat dipastikan tetapi apa yang pasti di dalam bulan Julai 2013.

     Kepada pembaca yg setia, terima kasih saya ucapkan.  Penerbitan mana?  Hanya akan diberitahu apabila cover novel MSA siap kerana ini adalah strategi syarikat penerbitan itu sendiri.  Sebagai penulis, saya harus akur kpd arahan.

     Sementara menunggu MSA keluar, saya ingin menjemput anda membaca e-novel yg terbaru iaitu DARI SEKEPING SURAT SAMANMU....sesungguhnya novel ini cukup istimewa bg saya kerana saya mendapat ilham menulis sewaktu saya mengerjakan ibadah umrah pd awal bulan Jun yg baru lalu.  Insya Allah, pasti tidak mengecewakan anda semua kerana ilham untuk menulis novel ini saya perolehi semasa di tanah suci....

     E-novel ANDAI KU BERCINTA LAGI saya tarik keluar dulu kerana ada sedikit masalah kerana cerita ini adalah kisah benar.  Saya perlu meminta keizinan empunya cerita dahulu.....


LOVES. HUGS & KISSES,
SHILA ALISH

Thursday 18 April 2013

NOVEL MR. SECRET ADMIRER (MSA)

Salam semua.....

Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah MSA akan berada di pasaran??  Hmmmm......saya sendiri sudah lemas dengan setiap soalan itu & dah letih nk explain....

Ini adalah perkembangan terkini MSA.....
Insyallah, jika tiada masalah, awal bulai Julai 2013, MSA bakal menemui anda di kedai-kedai buku.  Itu adalah jaminan dari pihak penerbit sendiri.  Kenapa lama sangat?  Banyak prosedur yg harus dipatuhi & saya baru saja menyerahkan manuskrip MSA kpd penerbit ini.....so kira awallah tu sbb serah pertengahan bln 4 & keluar bln 7.  Siapa penerbitnya???  Maaf, saya kena rahsiakan dulu sebab atas dasar private & confidential.....tapi bagi saya siapa penerbitnya tak penting kerana apa yang penting penerbit itu mampu memenuhi kehendak saya sebagai penulis....& yg lebih penting para pembaca setia sekalian dapat grab novel MSA.....

Mungkin ada yg tanya kenapa bln 7?  Bukan ke saya pernah janjikan bulan 3 yg lalu.....Hmmm....lagi satu soalan yang susah saya nak jawab....sebabnya?  Manuskrip saya 'diperap'....kalau saya tahu mungkin dah lama saya pass pada penerbit lain & mungkin anda sudah lama khatam membaca MSA.....

Tak apalah....think positive....pasti ada hikmah di sebaliknya.  Sebagai penulis, saya memohon maaf di atas kesilapan teknikal ini & saya berharap agar anda semua terus setia menunggu....& bila dah ada di pasaran jangan lupa dapatkan......

Last but not least.....diharapkan pembaca2 sekalian tidak melupai Zureen & Syed Redza dalam MR. SECRET ADMIRER.....

Wassalam....

Love & Kisses

SHILA ALISH
COPYRIGHT(C)KARYA ANDAI ITU TAKDIRNYA DAN SEGALA YANG TERTERA DI ATAS ADALAH HAKMILIK ROSILA BT RAHMAN