Blogger Widgets

Tuesday 3 December 2013

PENERBITAN NOVEL DARI SEKEPING SURAT SAMANMU & SESI BERTEMU PEMBACA DI PESTA BUKU 1 MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t

     Lama sudah rasanya tidak update apa2 news di blog ini.  So, hari ni saya ingin update mengenai penerbitan novel DARI SEKEPING SURAT SAMANMU (DSSSM).  Sukacita dimaklumkan bahawa insya Allah DSSSM bakal diterbitkan sekali lagi oleh LOVE NOVEL PUBLICATION (LNP) sekitar bulan Januari atau Februaru 2014.  Apa yang pasti, insya Allah DSSSM pasti menemui anda di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur sekitar bulan april 2014.  Kepada anda semua yang setia mengikuti novel ini, harap bersabar untuk mendapatkannya dalam versi cetak nanti ya....

     Sukacita juga dimaklumkan, saya akan turut sama pada pesta buku 1 Malaysia pada 11-15 Disember 2013.  Giliran saya adalah pada 15/12/2013 iaitu bermula dari jam 12.00 tgh hingga jam 2.00 petang.  Saya sendiri amat teruja dan tidak sabar untuk menemui pembaca semua di sana.  Jumpa di sana....

     Lastly, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang terus setia menyokong karya-karya saya.  Sesungguhnya sokongan anda semua adalah penguat semangat untuk saya terus berkarya.  Nantikan karya saya yang seterusnya MY HERO yang akan saya uploadkan di blog saya ini nanti....insya Allah.


Sekian, terima kasih.

Loves, hugs & kisses
SHILA ALISH

1 comment:

ASSALAMUALAIKUM....
Sila tinggalkan komen anda di sini.
SATU pun jadilah!...hehe
Semoga komen yang ikhlas dapat membantu saya.
TQ

COPYRIGHT(C)KARYA ANDAI ITU TAKDIRNYA DAN SEGALA YANG TERTERA DI ATAS ADALAH HAKMILIK ROSILA BT RAHMAN