Blogger Widgets

Sunday 17 February 2013

e-NOVEL TERBARU: ANDAI KU BERCINTA LAGI

Assalamualaikum w.b.t

     Lama rasanya saya tak update dan muncul di blog saya ini.  Hari ini, saya ingin maklumkan bahawa novel Mr. Secret Admirer masih lagi dalam proses penerbitan.  Jika ditanya bila tarikh sebenar di pasaran, saya memang tak dapat bagi jawapan yang tepat kerana saya sendiri kurang pasti.  Apa-apa pun, Insyallah saya akan war-warkan bila ianya sudah siap dicetak.

     Sementara menunggu novel Mr. Secret Admirer siap dicetak, saya ingin mengajak semua pengikut blog saya untuk membaca karya terbaru saya selepas Begitu Takdirnya dan Mr. Secret Admirer.  e-novel terbaru saya ini bertajuk "Andai Ku Bercinta Lagi"....

      Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa tajuknya sama dengan lagu dari kumpulan MOJO?  Secara jujurnya memang saya mendapat ilham untuk menulis novel ini dari lagu tersebut dan juga berdasarkan kisah sebenar dari salah seorang ahli keluarga saya yang terdekat.

     Harapan saya agar sudilah kiranya semua pengikut blog saya untuk membaca dan memberikan komen.  Segala sokongan yang diberikan oleh para pembaca sekalian, saya dahului dengan setinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Salam sayang dari,

SHILA ALISH

8 comments:

  1. x sabar tunggu mr. secret admire tu..hoho

    ReplyDelete
  2. Thanks cik kaki ketawe.....sabar ye....sementara tunggu MSA keluar, mari baca e-novel trbaru saya.....jgn lokek beri komen ye....tq

    ReplyDelete
  3. Btl2 xsabar menanti MSA keluar :)

    ReplyDelete
  4. Shila... Siapa keluarga shila yg mengalami penyakit mcm ni? Sbb sy pun baru shj kehilangan seorg kwn 2 mggu lps yg menghidapi penyakit yg sm cuma bezanya dia sdg mengandungkan anak yg kelima ketika didiagnos mendpt kanser drh tahap ketiga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh... tersilap.. baru kehilangan seorg kawan minggu lepas, 26 Feb 2013... sedih sgt... sbb dia meninggalkan 4 org anak2 yg masih kecil.

      Delete
  5. As Salam, lama tengok blog ni tak update, macamana dengan Mr Secret Admire ada perkembangan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm...mmg lama x update....x sempat nk update blog sbb busy sgt dgn kerja....

      Insyallah Mr. Secret Admirer akan berada di pasaran pada bulai julai 2013 ini....nantikan ye....

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM....
Sila tinggalkan komen anda di sini.
SATU pun jadilah!...hehe
Semoga komen yang ikhlas dapat membantu saya.
TQ

COPYRIGHT(C)KARYA ANDAI ITU TAKDIRNYA DAN SEGALA YANG TERTERA DI ATAS ADALAH HAKMILIK ROSILA BT RAHMAN