Blogger Widgets

Thursday 20 December 2012

PENERBITAN MR. SECRET ADMIRER

Assalamualaikum w.b.t.....

    Kepada semua pembaca novel Mr. Secret Admirer, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah berjaya menyiapkan full manuskrip novel ini dan telah pun diserahkan kepada pihak pernerbit iaitu Karya Seni untuk proses nilai terbit....

     Oleh kerana itu, saya terpaksa menghadkan dari memuatnaik bab2 yg seterusnya untuk tujuan penerbitan.  Saya amat mengharapkan sokongan dari semua pembaca setia MSA untuk bersabar dan sama-sama menanti sehinggalah ianya berjaya diterbitkan.  Saya juga mengharapkan doa kalian semua agar novel ini sukses jika diterbitkan,

    Akhir kata, thank you so much from the bottom of my heart di atas sokongan anda yang terus setia menanti untuk membaca bab2 seterusnya.  Memang terlalu ramai pembaca yg bertanya, bila novel ini akan diterbitkan.  Saya pun tak dapat menjawab soalan itu.  Apa yg boleh saya katakan, harap bersabar & terus berdoa agar hasrat anda untuk mengetahui ending cerita ini akan tercapai jua.

   Sekadar pemberitahuan utk semua pembaca setia MSA, keseluruhan novel ini mempunyai 66 bab dan setebal 563 muka surat.  Apakah kesudahan cinta antara Zureen dan Syed Redza?  Dapatkah mereka bersatu?  Bagaimana pula dengan Dr. Haziq.  Adakah dia mengalah begitu sahaja dengan cintanya terhadap Zureen?  Siapakah Mr. Secret Admirernya?  Semua persoalan itu pasti terjawab bila anda terus membaca hingga akhirnya novel MR. SECRET ADMIRER yg saya tulis dengan penuh perasaan kasih sayang & cinta.....semoga anda semua dapat merasai cinta & kasih sayangnya.....

Terima kasih....


Loves & Kisses


SHILA ALISH

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. x sbr ni nak tau kesudahan jln cite ni.... mintak2lah x lm sgt yg nak menunggu keluaran novel ni....dah jdi pminat setia MSA ni...ap pon GOOD JOB KAK SHILA......

    ReplyDelete
  3. eee... x sabar nak dptkan novel MSA nie... :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah & terima kasih yg x trhingga utk anda semua yg sudi mmbaca MSA...sama2lah kita tunggu akan hasilnya ye...

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tahu kesudahannya...

    ReplyDelete
  6. Salam dan Selamat Tahun Baru. Tahniah dah siap juga manuskrip tu ya, tak sabar nak baca novelnya nanti. Harap berjaya ya.

    ReplyDelete
  7. akak jangan lupa mention bila novel akak dah keluar ye...

    ReplyDelete
  8. Salam..kak bil MSA nk keluar??xsabar..hehehe..nnt kalau da keluar inform blh??

    ReplyDelete
  9. bila nak keluar ni ? sis , buat lah teaser ( kalau pihak penerbit benarkan lah)

    ReplyDelete
  10. Kami menanti penerbitan MSA ni, tapi sehingga kini belum dikeluarkan lagi?

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM....
Sila tinggalkan komen anda di sini.
SATU pun jadilah!...hehe
Semoga komen yang ikhlas dapat membantu saya.
TQ

COPYRIGHT(C)KARYA ANDAI ITU TAKDIRNYA DAN SEGALA YANG TERTERA DI ATAS ADALAH HAKMILIK ROSILA BT RAHMAN