Blogger Widgets

Wednesday 15 February 2012

Assalamualaikum w.b.t....

      Ahh!!! rindu rasanya kerana tidak dapat membuka blog sendiri selama 3 hari disebabkan kesibukan berbengkel zapin 2012 anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Daerah JB.  Tentatif program yang amat padat sehingga ke malam menyukarkan saya untuk melepaskan kerinduan ini.
     Alhamdulillah, hari ini tamatlah sudah bengkel selama 3 hari 2 malam itu.   Bagi saya ia adalah suatu pengalaman yang amat berharga kerana di usia ini, barulah saya berpeluang mempelajari teknik zapin melayu johor yang "asli" dan betul.  Keseluruhannya, saya amat berpuas hati.  Sekeping sijil penyertaan yang diperolehi cukup membuatkan saya rasa ia suatu yang amat berbaloi walaupun terpaksa menanggung kesakitan pada bahagian kaki yang amat sangat.
    Kepada pengikut novel saya, maaf kerana lambat meng'upload' bab seterusnya disebabkan masalah yang telah dijelaskan tadi.  Insyallah, saya akan segera masukkan entry yang baru.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM....
Sila tinggalkan komen anda di sini.
SATU pun jadilah!...hehe
Semoga komen yang ikhlas dapat membantu saya.
TQ

COPYRIGHT(C)KARYA ANDAI ITU TAKDIRNYA DAN SEGALA YANG TERTERA DI ATAS ADALAH HAKMILIK ROSILA BT RAHMAN